Polis Kedah menahan enam individu dipercayai terbabit dalam pergaduhan antara dua kumpulan penyokong parti politik yang berlaku di hadapan Dataran Zero Sungai Petani pada jam 2.15 pagi Sabtu lalu.<br /><br />Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, selepas menerima laporan, polis berjaya menahan enam lelaki warga tempatan di kawasan Jalan Lagenda Heights sekitar 2 petang Ahad.
